Selasa, 23 Mei 2017

PLC KUMPULAN CO4 BUKIT RAMBAI - PEMANTAPAN KBAT DALAM PDPC

Kumpulan CO4 Bukit Rambai telah mengadakan sesi PLC bertajuk " Pemantapan KBAT ' pasa 22 April 2017 yang lalu. Program diadakan di PSS SK Tun SAS dan melibatkan 7 buah sekolah CO4

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah \
- SK Bukit Rambai
- SK Cheng
- SK Bertam Hulu
- SK Tanjung Minyak
- SK Tanjung Minyak 2
- SK Bachang
- SK MGS 1

Program bermula pada  jam 8.00 pagi dan berakhir bpada 12.30 tgh.




Jumaat, 19 Mei 2017

KAJIAN KEBERKESANAN MODUL LATIHAN KEPIMPINAN I THINK - PERANAN KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM MEMBUDAYAKAN KBAT DI SEKOLAH

JK KBAT Sk Tun SAs telah menerima kunjungan daripada pegawai Institut Aminudin Baki ( IAB ) untuk menjalankan Kajian Keberkesanan Modul Latihan Kepimpinan I Think - Peranan Kemimpinan Sekolah Dalam KBAT di sekolah.

Kajian ini melibatkan 8 orang guru KBAT dan matapelajaran teras.


Jumaat, 31 Mac 2017

SEKITAR LAWATAN DARI SMP MUHAMMADIYAH ,YOGYAKARTA ,INDONESIA - 29.MAC 2017

Bilik KBAT telah dilawati oleh 20 orang pelajar dan 7 orang guru dari SMP Muhammadiyah,Yogyakarta,Indonesia.
JK KBAT telah menerangkan serba ringkas tentang KBAT dan murid-murid menjalankan aktiviti yang disediakan.

Tahniah kepada JK KBAT berjaya mengadakan aktiviti bersama murid-murid SMP Muhammaddiyah,Yogyakarta,Indonesia.










SEKITAR LAWATAN DARI JUYING PRIMARY SCHOOL,SINGAPORE - 2 MAC 2017

Seramai 60 orang murid dan 7 orang guru pengiring dari Juying Primary School telah melawat ke Bilik KBAT SK Tun SAS pada 2 Mac 2017 yang lalu.
Murid-murid dari Juying Primary School telah diterangkan tentang KBAT dan juga telah mengadakan aktiviti di dalam Bilik KBAT.











Sabtu, 11 Februari 2017

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU KBAT DAN I-THINK DALAM PDP DARIPADA SK TERENTANG DAN SK SERI MACHAP

JK Kbat SK Tun SAS telah menerima lawatan perkongsian ilmu  Kbat dan I-Think dalam PdP daripada SK Terentang dan SK Seri Machap pada hari ini.

Seramai 45 orang guru daripada kedua-dua buah sekolah telah berkongsi ilmu Kbat dan I-Think dalam PdP.




Sabtu, 4 Februari 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 1/2017 : SK TELUK MAS

JK KBAT SK Tun SAS telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bersama guru-guru SK Teluk Mas pada hari ini di PSS SK Tun SAS.

LDP : Pemantapan PdP KBAT melalui I-Think ini diberikan oleh barisan JK Pemandu KBAT SK Tun SAS yang diketuai oleh Pn. Mala a/p Mahalingam

TAHNIAH BUAT JK KBAT SK TUN SAS.....




Ahad, 15 Januari 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LPD 1 ) PELAKSANAAN KBAT DALAM PDP

JK KBAT SK Tun SAS telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) bertajuk Pelaksanaan KBAT dalam PdP  pada 14 Januari 2017 .
LDP ini melibatkan semua guru SK Tun SAS dan wakil guru dari Kumpulan CO11.

Program telah disampaikan oleh Yang Berbahagia,Tn.Hj. Rozaili bin Mohd Ali,Pensyarah Jabatan Matematik, IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka

Turut hadir ialah Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS dan barisan GPK SK Tun SAS.