Jumaat, 23 Disember 2016

PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA GURU-GURU BESAR NEGERI MELAKA

Perkongsian Pintar bersama guru-guru besar negeri Melaka semasa Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Melaka kali ke 30 di Dewan Bistari,Jabatan Pendidikan Melaka.
Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari,Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS telah memberikan penerangan tentang Buku Bijak KBAT yang baru dikeluarkan oleh barisan guru-guru KBAT SK Tun SAS.

Buku Bijak KBAT ini adalah untuk murid-murid tahun 1 ,tahun 2 dan tahun 3. Buku ini telah diterbitkan oleh
Dynamic Works Resources yang beribupejabat di Melaka.

Penyerahan naskah Buku Bijak KBAT kepada Tn. Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.

Penerangan daripada Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS

Gambar bersama Tn. Abd Halim,PPD Melaka Tengah ,GB SK Jln Datuk Palembang, Pengurus Dynamic Works Resources.


Khamis, 10 November 2016

SEKITAR PERTANDINGAN REKACIPTA KBAT KUMPULAN CO 11 SEMPENA HARI KOKURIKULUM SK TUN SAS 2016

JK KBAT SK Tun SAS telah menganjurkan Pertandingan Rekacipta KBAT Kumpulan CO11 sempena Hari Kokurikulum SK Tun SAS 2016.
Pertandingan telah disertai oleh

1. SK Batu Berendam
2. SK Batu Berendam 2
3. SRA JAIM Kg. Tun Razak
4. SK Tun SAS

PERTANDINGAN REKACIPTA INI TELAH DIKENDALIKAN DAN DIADILI OLEH BARISAN PENSYARAH DARIPADA UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA MALAYSIA ( UTEM )


KEPUTUSANNYA

JOHAN        :  SK BATU BERENDAM 2
N/JOHAN    : SK TUN SAS
KETIGA       : SK TUN SAS

TAHNIAH KEPADA SEKOLAH YANG BERJAYA..









Selasa, 18 Oktober 2016

SEKITAR LAWATAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT - HARI PERTAMA

Lawatan Penarafan Sekolah Yang Membudayakan KBAT daripada Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini 18 dan 19 Oktober 2016.
Pegawai-Pegawai tersebut adalah dari Bahagian Kokurikulum.KPM,Institut Aminuddin Baki ( IAB ) ,Bahagian Buku Teks ( BBT ),Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) dan Bahagian Perkembagan Kurikulum     ( BPK ),KPM

Lawatan diadakan selama 2 hari dan sesi pencerapan dijalankan kepada guru-guru yang terpilih.







JK KBAT SK TUN SAS MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PASUKAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA..