Jumaat, 23 Disember 2016

PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA GURU-GURU BESAR NEGERI MELAKA

Perkongsian Pintar bersama guru-guru besar negeri Melaka semasa Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Melaka kali ke 30 di Dewan Bistari,Jabatan Pendidikan Melaka.
Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari,Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.

Tn. Hj. Adam bin Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS telah memberikan penerangan tentang Buku Bijak KBAT yang baru dikeluarkan oleh barisan guru-guru KBAT SK Tun SAS.

Buku Bijak KBAT ini adalah untuk murid-murid tahun 1 ,tahun 2 dan tahun 3. Buku ini telah diterbitkan oleh
Dynamic Works Resources yang beribupejabat di Melaka.

Penyerahan naskah Buku Bijak KBAT kepada Tn. Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.

Penerangan daripada Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS

Gambar bersama Tn. Abd Halim,PPD Melaka Tengah ,GB SK Jln Datuk Palembang, Pengurus Dynamic Works Resources.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan